Wednesday, 25 July 2018

Tanda-tanda Buasir Yang Kita Tidak Sedar

Tanda-tanda Buasir Yang Kita Tidak Sedar - Tanda-tanda yang muncul akibat buasir atau hemoroid pada umumnya ringan. Gejala boleh hilang dengan sendirinya dalam beberapa hari. Beberapa orang bahkan tidak menyedari mereka mengalami hemoroid kerana mereka tidak mengalami gejala sama sekali. Gejala yang sering kali muncul adalah:

https://ohbuasir.blogspot.com


  • Pendarahan selepas buang air besar. Warna darah akan merah terang.
  • Ketumbuhan tergantung di luar dubur. Ketumbuhan ini biasanya di tolak kembali ke dalam selepas buang air besar.
  • Mengalami gatal-gatal di sekitar dubur.
  • Keluarnya mukosa atau lendir selepas buang air besar.
  • Rasa sakit, memerah dan bengkak di sekitar dubur.

Hemoroid biasanya tidak sakit, kecuali jika aliran darah menjadi perlahan atau terganggu. Jika anda mengalami gejala hemoroid yang teruk, rujuk kepada doktor. Pemeriksaan pendarahan rektum perlu dilakukan apabila berlaku. Ini bertujuan agar doktor boleh mengetahui kemungkinan keadaan yang lebih serius.

Bermula selepas buang air besar timbulnya rasa panas yang disertai gatal-gatal. Ini terjadi kerana najis yang keras menekan pembuluh darah balik vena di bahagian dubur yang tipis dan mudah sekali untuk koyak atau pecah. Rasa panas tersebut berasal dari pecahnya pembuluh hemorroid tersebut. Ada pelbagai punca robeknya pembuluh darah balik dibahagian dubur tersebut seperti meneran terlalu keras ketika buang air besar, proses kehamilan, duduk terlalu lama, mengangkat beban terlalu berat, kegiatan anal seks, sembelit yang berpanjangan dan lain sebagainya.

Kerana dubur merupakan tempat pembuangan terakhir dari sistem pencernaan dalam bentuk najis, sehingga berlakunya jangkitan pada saluran dubur sangatlah tinggi. Dapat kita ambil kesimpulan bahawa rasa gatal yang timbul merupakan akibat terjadinya jangkitan pada luka di pembuluh darah balik hemorroid.

Pada tahap selanjutnya, gejala buasir ditandai dengan keluarnya darah segar bersamaan dengan keluarnya najis pada saat buang air besar. Pada gejala ini, umumnya si pesakit baru menyedari bahawa ia mengalami buasir. Keluarnya darah dari dalam dubur disebabkan pendarahan yang terjadi pada luka di urat bahagian dubur. Apabila gejala ini tidak ditangani dengan baik, boleh memburukkan lagi buasir yang dialami.

Tidak cukup sampai disini, pada proses selanjutnya dari gejala buasir adalah timbulnya rasa sakit. Rasa sakit ini sangat mengganggu sekali produktiviti sehari-hari. Dengan adanya rasa sakit ini akan menimbulkan rasa yang tidak selesa pada saat buang air besar dan duduk dalam jangka masa yang lama. Biasanya rasa sakit ini disertai dengan ketulan yang keluar dari dalam dubur selepas buang air besar. Ketumbuhan ini terjadi kerana berlakunya pelebaran pada "sphinchter ani (bibir anus). Pada tahap yang ringan benjolan ini dapat masuk dengan spontan tanpa bantuan apa pun. Akan tetapi pada tahap yang lebih teruk, ketulan tersebut baru dapat masuk apabila dengan bantuan seperti jari tangan.

Pada peringkat terakhir, gejala buasir ditandai dengan ketulan yang keluar secara kekal tidak boleh masuk pada posisi semula. Gejala ini dapat diatasi dengan melakukan pembedahan buasir untuk pelantikan jaringan pembuluh darah balik yang melebar. Dengan melakukan tindakan operasi tersebut memang menimbulkan kesan sampingan yang tidak diingini. Akan tetapi kini telah hadir kaedah operasi buasir menggunakan alat beim (Biological Electrical Impedance autoMeasurement) hanya dalam masa 15 minit, buasir anda akan hilang. Adapun kelebihan dari melakukan pembedahan menggunakan alat beim ini adalah tidak diperlukan jahitan, minimnya pendarahan, rasa sakit yang dapat dikurangkan dan pesakit boleh terus pulang selepas operasi tanpa perlu dimasukkan ke hospital.

Pada intinya gejala buasir yang timbul disebabkan pola hidup yang kurang sihat seperti kurangnya pengambilan makanan yang kaya akan serat. Serat ini banyak sekali di kandung dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Kurangnya minum air putih pun boleh menjadi penyebab terjadinya penyakit buasir tersebut. Minumlah air putih secukupnya iaitu sekurang-kurangnya 7 gelas dalam sehari. Duduk terlalu lama boleh menjadi fakto munculnya gejala tersebut. Usahakan menyegerakan apabila ada keinginan untuk buang air besar dan jangan menunda-nunda. Dengan merubah gaya hidup anda ke arah yang lebih sihat, maka anda boleh mencegah dan mengatasi buasir yang mengganggu kehidupan anda.

Tanda-tanda Buasir Internal dan Eksternal

Secara garis besari, penyakit buasir atau hemoroid terbahagi menjadi 2 jenis iaitu luaran dan dalaman. Untuk yang dalaman atau lebih dikenali dengan penyakit buasir yang terletak di daerah dalam saluran dubur mempunyai gejala buasir dengan diawali rasa panas dan gatal akibat terjadinya luka dan jangkitan pada saluran darah balik vena hemoroid. Seiring berjalannya waktu, luka tersebut akan menjadi radang dan mengalami pendarahan. Dan tahap terakhir dari penyakit buasir dalaman ini adalah keluarnya benjolan dari dalam dubur dan boleh masuk dengan sendirinya baik secara automatik maupun dengan bantuan jari tangan. Bila sudah timbul ketulan yang keluar dari dalam dubur, ini disebabkan kerana berlakunya pembengkakan pada rangkaian hemoroid.

Apabila benjolan yang keluar dari dalam dubur secara kekal dan sudah tidak boleh masuk kembali pada posisi semula, maka ini masuk ke dalam jenis buasir luaran. Gejala yang paling umum dari jenis hemoroid ini adalah rasa sakit yang berlaku di kawasan dubur yang sangat menganggu aktiviti sehari-hari.

Rawatan Buasir Paling Berkesan

Rawatan Buasir Paling Berkesan | Buasir adalah penyakit yang melibatkan pembengkakkan saluran darah di tempat pembuangan air besar. Pesakit selalunya mengadu pendarahan ketika membuang air besar.

Ini menyebabkan ia menjadi salah satu sebab untuk seseorang itu datang berjumpa dengan doktor

1. Istilah

Anus= Anal= Dubur
Rektum: adalah saluran permakanan terakhir sebelum najis keluar melalui dubur(anus)
Esofagus: Saluran permakanan yang menyambungkan bahagian tekak ke bahagian perut
Patofisiologi: Proses bagaimana sesuatu penyakit berlaku
Prognosis: Kesudahan yang mungkin berlaku kepada pesakit

2. Pengenalan

Ramai daripada masyarakat mengadu pendarahan ketika mana membuang air besar dan majoritinya adalah disebabkan buasir. Ada juga sesetengah keadaan dimana buasir itu terlampau besar dan ia keluar daripada dubur berbentuk seperti ketulan.
Perlu diketahui tidak semua simptom pendarahan dan ketulan ditempat buang air besar disebabkan masalah ini. Penyakit lain juga perlu diperiksa agar rawatan yang betul dapat diberikan

3. Anatomi

Saluran permakanan manusia bermula daripada mulut dan berakhir di dubur. Makanan akan dikunyah di dalam mulut untuk meningkatkan jumlah permukaan yang akan bertindak dengan enzim. Kemudian ia ditelan dan melalui esofagus untuk dibawa ke perut.
Di dalam perut, asid hidroklorik akan dirembeskan dan ia berfungsi untuk membunuh kuman yang ada dan juga mengaktifkan enzim di dalam perut. Kemudian, makanan akan memasuki 3 bahagian usus kecil dimana penguraian makanan dan penyerapan makanan berlaku. Ia dimulai dengan duodenum diikuti dengan jejunum dan dan berakhir ileum. Kemudian, sisa makanan akan memasuki usus besar.
Di akhir usus besar, tinja akan memasuki rektum dimana ia terkumpul dahulu. Setelah penuh, barulah ia dikeluarkan melalui saluran anus(Dubur).
Dikawasan ano-rectal(anus dan rektum) inilah struktur yang berkait dengan penyakit buasir ini wujud. Ini kerana dikawasan ini mempunyai saluran darah yang banyak. Saluran darah inilah yang menyebabkan berlakunya masalah ini jika ia bengkak dan radang
Ketulan yang terlampau besar mungkin akan terkeluar daripada saluran dubur dan nampak seperti ketulan dibahagian tersebut.

3.1 Jenis buasir

Buasir terbahagi kepada dua iaitu:
  1. Buasir daripada kawasan dalam(Internal Haemorrhoid)
  2. Buasir daripada kawasan luar(External Haermorrhoid)
Pembahagian ini dibuat disebabkan kawasan buasir tersebut adalah dibahagian yang berlainan dan simptom pun bebeza. Kawasan ano-rectal dibahagikan kepada bahagian atas dan bawah oleh satu garisan yang dinamakan sebagai garisan ‘dentate‘. Garisan ini terjadi disebabkan proses embrologi ketika bayi di dalam kandungan.
Buasir yang terjadi di atas garisan ‘dentate‘ dikenali sebagai buasir daripada kawasan dalam(internal haemorrhoid). Disebabkan saraf yang bersambung dibahagian tersebut adalah saraf jenis organ dalam(Visceral nerve), selalunya pesakit tidak akan merasa sakit walaupun ketulantersebut besar.
Manakala, buasir yang terjadi di bawah garisan ‘dentate’ ia dikenali sebagai ‘external haermorhoid’ iaitu buasir di kawasan luar. Saraf yang bersambung dengan kawasan ini adalah saraf jenis ‘somatic’. Jika masalah ini berlaku dikawasan tersebut, ia akan menghasilkan rasa sakit

4. Punca Buasir dan Patofisiologi

Kebanyakkan simptom buasir berlaku apabila ia menjadi bengkak, randang dan membesar hingga terkeluar daripada dubur. Ramai daripada doktor percaya bila seseorang itu meneran dalam jangka masa yang lama terutamanya ketika sembelit, ia akan menyebabkan masalah ini
Ini kerana ia akan menyebabkan darah dikawasan itu tidak bergerak ke saluran darah vena. Darah yang terkumpul itu membuatkan saluran darah dikawasan itu bengkak dan membesar.
Beberapa penyebab yang dikatakan berkaitan denganmasalah ini adalah:
1) Sembelit
Ketika mana seseorang itu sembelit, ia akan menyebabkan dia mempunyai masalah ketika membuang air besar.Pesakit selalunya akan meneran dalam jangka masa yang lama untuk mengeluarkan najis. Faktor ini mungkin benar atau tidak kerana masih tiada kajian yang benar-benar menunjukkan sembelit menyebabkan buasir.
Tetapi ramai doktor percaya ia akan menyebabkan pembengkakan dan pembesaran saluran darah dibahagian tersebut.
Malah apabila ubat untuk melembutkan najis diberikan kepada pesakit, masalah sembelit bersama masalah buasir pun akan semakin pulih
2) Hamil
Kehamilan memang terbukti menjadi faktor risiko untuk seseorang menghidapi buasir. Selalunya, penyakit buasir tersebut akan hilang selepas wanita tersebut melahirkan anak.
Kaitannya dengan kehamilan adalah disebabkan perubahan hormon di dalam badan seseorang wanita. Ini membuatkan saluran darah disitu lebih senang membesar jika dibandingkan dengan sebelum mengandung
Faktor risko yang lain
  • Sejarah keluarga yang mempunyai buasir
  • Cirit -birit yang kronik
  • Kanser usus besar
  • Obes
  • Pembedahan bahagian dubur
  • Meningkat usia
  • Mempunyai penyakit keradangan usus(Inflammatory bowel disease)

5. Prognosis

Kebanyakan pensakit buasir akan baik dengan sendirinya ataupun baik dengan rawatan perubatan tanpa melakukan pembedahan. Tetapi ada juga kemungkinan untuk komplikasi berlaku sebagai contoh buasir yang melibatkan darah yang beku(Thrombosed), jangkitan kuman, pembentukan ulcer dan pembentukan nanah.
Peratusan untuk penyakit tersebut menyerang semula jika tiada pembedahan dilakukan adalah 10 hingga 50%. Manakala, jika pembedahan dibuat, peratusan buasir terjadi semula adalah 5%

6. Simptom

Kebanyakkan simptom buasir adalah tidak spesifik. Ini kerana ia juga boleh merujuk kepada penyakit lain.
Simptom yang selalu dihadapi oleh pesakit adalah:
  • Pendarahan ketika buang air besar (berak berdarah)
  • Ketulan di tempat pembuangan air besar
  • Sakit pada ketulan tersebut
  • Jika ada jangkitan kuman, ia boleh menyebabkan pembentukkan nanah
Tetapi simptom-simptom seperti ini terutamanya jika pesakit hanya datang dengan pendarahan ketika buang air besar sahaja, ia juga boleh merujuk kepada penyakit lain. Disebabkan perkara tersebut simptom-simptom lain juga perlu dilihat untuk membezakannya dengan penyakit lain

7. Penyiasatan

Proctoscope
Untuk mengetahui adakah pesakit ini benar-benar mempunyai buasir ataupun tidak terutamanya pesakit yang mempunyai simptom pendarahan ketika buang air besar sahaja, penggunaan proctoscope dapat membantu
Proctoscope adalah salah satu alat yang digunakan untuk melihat keadaan di dalam ano-rectum. Ia dapat melihat sama ada benar ataupun tidak wujudnya buasir di dalam saluran najis tersebut.

8. Diagnosis-diagnosis lain(Differential diagnosis)

Diagnosis lain yang boleh dikatakan mempunyai persamaan simptom dengan penyakit ini adalah:
  • Acute proctatitis(Keradangan di bahagian rektum disebabkan jangkitan kuman)
  • Kanser rektum
  • Kanser anal
  • Polip(unjuran daripada dinding usus)
  • Keradangan usus(Inflammatory bowel disease)

9. Rawatan

Rawatan selalunya diberikan kepada pesakit yang hanya mengadu simptom tersebut dan rawatan yang selalu diberikan tidak melibatkan pembedahan. Ini kerana majoriti daripada penyakit buasir akan baik dengan sendirinya dengan pengambilan diet yang betul berserta ubat-ubatan yang sedikit sebanyak membantu

9.1 Diet

Pengambilan diet yang mempunyai serat yang tinggi boleh mengelakkan serta merawat penyakit buasir. Ini kerana ia boleh mengelakkan daripada masalah sembelit.
Pesakit dinasihati untuk mengambil satu hidangan sayur untuk ketika setiap kali mengambil makanan yang berat. Kekacang juga salah satu makanan yang mempunyai kandungan serat yang tinggi
Bukan itu sahaja, pengambilan air yang secukupnya juga boleh mengelakkan daripada menghadapi masalah sembelit
Kurangkan makanan yang mempunyai fiber yang rendah seperti roti putih, susu, keju, daging dan makanan terproses.

9.2 Ubat untuk melembutkan najis

Pengambilan ubat terutamanya lactulose mampu melembutkan najis dan mengelakkan daripada sembelit berlaku.

9.3 Ikat guna getah(Rubber band ligation)

Getah yang digunakan untuk mengikat saluran darah yang bengkak adalah getak khas. Prosedur ini akan menyebabkan bahagian saluran darah yang diikat itu mati dengan sendirinya meninggalkan saluran darah yang normal.

9.4 Pembedahan untuk buang buasir

Pembedahan hanya dilakukan jika pesakit masih mengalami penyakit buasir yang serius walaupun rawatan perubatan telah diberikan secukupnya.
Pembedahan selalunya menyebabkan komplikasi dan mempunyai kadar penyembuhan yang lama, tetapi setelah sembuh penyakit buasir jarang menyerang semula berbanding dengan cara rawatan lain.
Terdapat beberapa cara yang lain untuk rawatan buasir. Tetapi cara ini adalah cara yang selalu digunakan untuk merawat penyakit ini.
Rujukan
  1. Gibbons CP, Bannister JJ, Read NW. Role of constipation and anal hypertonia in the pathogenesis of haemorrhoids. Br J Surg. 1988 Jul. 75(7):656-60.
  2. Johanson JF, Sonnenberg A. The prevalence of hemorrhoids and chronic constipation. An epidemiologic study. Gastroenterology. 1990 Feb. 98(2):380-6
  3. American Gastroenterological Association medical position statement: Diagnosis and treatment of hemorrhoids. Gastroenterology. 2004 May. 126(5):1461-2
  4. Rivadeneira DE, Steele SR, Ternent C, et al. Practice parameters for the management of hemorrhoids (revised 2010). Dis Colon Rectum. 2011 Sep. 54(9):1059-64.

Tanda-tanda Buasir Yang Anda Tidak Perasan

ANDA ADA BUASIR JIKA ADA TANDA TANDA INI PADA ANDA
Tanda-tanda Buasir Yang Anda Tidak Perasan | Buasir atau hemorrhoid adalah penyakit di bahagian kawasan dubur.  Buasir merupakan kusyen vaskular yang bertindak sebagai penghadang setiap kali kita ingin membuang air besar.  Ia menutup dubur secara keseluruhan bagi mengelakkan kebocoran najis ataupun cecair. Ia adalah normal yang berlaku dalam tubuh setiap orang.
Tetapi,  ia menjadi sesuatu yang menyakitkan apabila berlaku pembengkakan pada kusyen vaskular akibat tekanan atau stress yang diberikan pada rektum sekiranya kita meneran.  Bengkak ini disebabkan pengembangan saluran darah pada bahagian dubur atau ketumbuhan sel yang melapisi saluran itu.  Pendarahan semasa membuang air besar sering berlaku akibat penggeselan najis keras menyebabkan buasir ( salur dubur bengkak atau luka).
JENIS JENIS BUASIR
Ada 2 jenis buasir yang sering berlaku pada kita iaitu :
– buasir dalam ( berlaku pembengkakan pada bahagian dalam)
– buasir luar ( yang mana bengkak terjulur keluar daripada saluran dubur)
Kekadang,  ia akan berlaku serentak dan kekadang ia akan berlaku secara berasingan.
Mereka yang mudah terkena buasir ini ialah mereka yang gemar meneran ketika aktiviti membuang air besar,  atau mereka yang ada masalah sembelit,  obesiti malahan wanita hamil juga boleh menghidap masalah ini apatahlagi ketika kandungan semakin membesar.

TANDA TANDA BUASIR
1- rasa gatal atau sakit di sekeliling dubur
2- luka pada salutan dubur disebabkan nanah
3- rasa kepanasan selepas membuang air
4- rasa sakit berdenyut
5- tidak selesa pada bahagian dubur ketika berdiri atau bertinggung lebih lama.
6- darah segar yang menitis ketika membuang najis
7- rasa pedih sekitar rektum
8- sukar membuang air besar
9 – nanah di kawasan dubur disebabkan jangkitan bakteria.

Panduan pemakanan
* minum banyak air sekurang kurangnya lapan hingga 10 gelas air sehari bagi mengelakkan badan kekurangan air,  sekaligus melancarkan pembuangan najis.
* elakkan minuman berkafein seperti teh dan kopi.
* jangan mengambil makanan tidak berkhasiat seperti keropok dan minuman berkarbonat
* jangan makan makanan yang keras atau terlalu pedas…
* makan makanan yang berserat tinggi seperti bijirin,  sayur sayurr dan buah buahan. Serat membantu proses penghadaman dan melancarkan pembuangan najis.
*makan makanan bersih dan baru dimasak untuk mengelakkan keracunan yang boleh buatkan buasir makin teruk
* kurangkan pengambilan makanan segera atau makanan terproses.
* sentiasa bersenam dan bergerak
4 tahap buasir
1- berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar
2- disebabkan pergerakan uss,   bengkak keluar tapi akan kembali ke dalam saluran dubur semula
3 – sama seperti tahap 2, tapi bengkak berlaku hanya di dalam selepas ditolak masuk secara fizikal
4 – darah pekat keluar menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran,.  Buasir akan berada di luar
Rawatan buasir di hospital:
Untuk pesakit yang tidak lagi berkesan utk ambil ubat ubatan,  satu pembedahan akan dilakukan untuk membuang buasir yang terjulur.
Manakala yang tidak perlukan pembedahan,  diberikan cream hemorrhoid untuk mengecutkan buasir
Atau,  ubat tahan sakit serta ubat suppository yang dimasukkan ke dslam dubur untuk mengecutkan buasir dalam
Vitamin E
Vitamin E adalah vitamin larut lemak, mempunyai ciri-ciri anti-oksida. Ia adalah vitamin yang berkesan untuk buasir.
Vitamin E meningkatkan peredaran darah dan menggalakkan pertumbuhan tisu penghubung. Ia membantu dalam mengurangkan kesakitan dan menenangkan kawasan rektum radang.
Ia juga membantu dalam menyediakan bantuan dari pendarahan buasir. Vitamin ini untuk buasir boleh digunakan di kawasan yang terjejas dengan menyapukan vitamin E pada buasir tersebut
Vitamin C boleh membantu menguatkan kapilari dan vena, sekali gus merawat punca buasir.
Bioflavonoids
Kajian klinikal telah menunjukkan bahawa bioflavonoids berkesan boleh membantu dalam mengurangkan buasir gejala.
Makan makanan yang kaya dengan bioflavonoids seperti produk kacang soya, biji-bijian, oren, dan sayur-sayuran.
fungsi Bioflavonoids adalah mengukuhkan dinding saluran darah dan meningkatkan kesihatan peredaran darah keseluruhan.
B COMPLEX
Mengurangkan keradangan buasir.
Menggalakkan penghadaman dan meningkatkan contractility saluran gastrousus. penghadaman dan otot lemah saluran gastrousus adalah penyebab sembelit dan najisnya menyakitkan yang menyebabkan dan memburukkan lagi buasir.
Melembutkan najis dan mengurangkan kesakitan yang dikaitkan dengan pergerakan usus. serat makanan membantu melembutkan najis supaya ia menjadi lebih mudah najis keluar najis.
KALSIUM
Membantu mengurangkan masalah sembelit dengan menguatkn otot otot usus besar supaya bekerja dan melembuatkan najis
mengelakkan kawasan buasir menjadi lebih teruk
melancarkan proses pembuangan air besar